BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 11, 2009

PenyaKitT aSma



Apa itu Asma?

Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Orang yang mengalami penyakit asma akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala tertentu. Di antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan termasuklah pernafasan yang berbunyi seolah-olah orang bersiul, terutama sekali apabila pesakit itu menghembuskan nafasnya. Ini dinamakan "wiz" yang kedengaran secara berulang-ulang. Namun ada juga yang tidak mengalami wiz, tetapi akan mengalami batuk terutamanya di waktu malam atau selepas melakukan latihan fizikal.

Adakalanya batuk tersebut dialami secara berterusan lebih daripada seminggu. Selain itu, pesakit akan mengadu sesak nafas dan ketat dada. Dalam keadaan asma yang tidak dapat dikawal, ramai juga yang mengadu terdapatnya lendir yang amat sukar hendak dikeluarkan.

Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah alahan, walaupun tidak semua pesakit asma mempunyai masalah ini. Alahan dipercayai dapat meningkatkan kecenderungan seseorang untuk mendapat serangan asma. Di kalangan pesakit asma dianggarkan lebih kurang 80 peratus kanak-kanak dan 50 peratus orang dewasa mengalami masalah alahan. Selain itu, pesakit asma yang mempunyai masalah alahan lebih mudah mengalami serangan asma apabila terdedah kepada bahan pencetus asma yang tidak mempunyai sifat alahan terhadap jangkitan virus.

Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang hanya mengalami sedikit rasa sesak nafas manakala yang lain mungkin mengalami sesak nafas yang teruk setiap hari. Segelintir pesakit asma mengalaminya dalam masa yang singkat manakala ada pula yang mengalami secara berterusan untuk beberapa hari lamanya. Selain itu ada pesakit yang akan mengalami keadaan yang mencemaskan manakala yang lain hanya mengalami sedikit gangguan keselesaan bernafas sekali sekala.

Keadaan sebegini menunjukkan bahawa asma merupakan sejenis penyakit yang tidak menentu dan ini secara tidak langsung menerangkan mengapa penyakit asma sukar difahami dan dikawal. Namun demikian, program pendidikan yang disediakan oleh kerajaan dan yang terdapat dalam tapak web kesihatan dalam internet boleh membantu mendidik penghidap asma hidup secara aktif supaya dapat melakukan aktiviti harian sama ada di tempat kerja, sekolah, di rumah atau di mana-mana sahaja tanpa banyak gangguan.

Bagaimana Asma Berlaku

Punca sebenar terjadinya asma atau siap yang akan menghidap penyakit ini tidak dapat dipastikan. Namun begitu, apa yang jelas ialah, serangan asma berlaku apabila terdapat perubahan di dalam saluran pernafasan. Perubahan yang dimaksudkan adalah inflamasi atau bengkak yang seterusnya mengakibatkan saluran pernafasan menguncup dan peka terhadap rangsangan luar.

Perubahan Yang Berlaku Dalam Penyakit Asma

Inflamasi Tiub dalam saluran pernafasan mudah mengalami iritasi, menjadi bengkak dan kelihatan, merah. Seterusnya lendir yang pekat akan dihasilkan dan menyumbatkan saluran pernafasan. Pesakit akan mula batuk apabila dia cuba untuk mengosongkan saluran pernafasan yang tersumbat ini. Sekiranya inflamasi kerap berlaku dan keadaannya teruk, tisu saluran pernafasan akan menebal secara kekal. Ini menyebabkan pesakit lebih sukar bernafas.

Kuncup: Otot yang mengelilingi saluran pernafasan mungkin menguncup dan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Keadaan ini dinamakan bronkospasme atau bronkokonstriksi. Pesakit akan berasa dadanya ketat.
Peka: Saluran pernafasan amat peka terhadap pendedahan kepada benda- benda luaran seperti habuk, asap rokok, atau udara sejuk.

Bilakah Asma Disyaki Berlaku?

Asma disyaki berlaku apabila seseorang individu mengalami "wiz" secara berulang -ulang, terutama sekali semasa menghembus nafas, batuk kronik atau didapati berulangkali mengalami bronkitis.

Penyakit asma dapat disahkan sekiranya gejala-gejala yang disebutkan di atas, beserta ukuran spirometer halangan saluran pernafasan (satu ukuran keupayaan bernafas) dapat dipulihkan dengan ubat agonis beta-2 yang disedut ke dalam mulut dan kortikosteroid oral terapi dos tinggi selama lima hingga 10 hari.

Apakah Yang Boleh Dilakukan Bagi Membantu Pesakit Asma?

Pendekatan yang sering diambil dalam rawatan asma bermatlamat untuk mengubah semula perubahan yang sering berlaku pada pesakit, iaitu inflamasi, penguncupan dan kepekaan saluran pernafasan.

Bagi mencapai matlamat, ada asma seperti habuk, kutu, asap rokok dan sebagainya. Selain itu pesakit juga boleh menggunakan ubat-ubatan pencegahan seperti kotikosteroid, kromolin dan ketotifen serta terapi imun alahan.

Langkah kedua adalah dengan menggunakan ubat-ubatan bronkodilator iaitu ubat yang berupaya mengembangkan saluran pernafasan dan melegakan pernafasan pesakit dengan cepat seperti teofilin (yang mempunyai sifat kafein), agonis beta dan ipratropium. Ubat-ubat begini sesuai digunakan apabila serangan asma telah berlaku. Dalam kebanyakan kes, ia berkesan untuk mengawal keadaan pesakit melainkan asma sudah menjadi terlalu serius di mana pesakit perlu menerima rawatan yang lebih rapi di hospital seperti kortikosteroid dalam bentuk suntikan serta terapi oksigen dengan bantuan alat pernafasan tertentu.

Dalam menentukan rawatan yang sesuai, perlu diingatkan bahawa asma merupakan suatu penyakit cepat berubah dan mungkin akan menjadi lebih buruk dengan perubahan persekitaran, seperti perubahan cuaca atau musim, atau dengan jangkitan virus. Dalam hal demikian, setiap pesakit asma dianggap unik dan rawatan yang diterima mungkin berbagai-bagai bergantung kepada keadaan masing- masing.

Sumber: www.prn2.usm.my

uJiaN Allah

hallu!!

Beberapa minggu yang lepas aye selalu jer rasa x sihat. Last weekend my dad suoh aye g cek doktor....n mengejutkan aye biler doctor cakap aye asma..=(
simptom2 asma yg doktor bgtau...ada pd aye..=(

Aye x pueh ati.Dua klinik aye pegi..n dua2 doktor ckp hal yg sama.One of the doctor suoh aye beli inhaler.in case papehal...senang.tapi aye rasa belum masanyer lagi kot aye pakai inhaler.aye tau badan aye mcm maner and aye rasa aye blh bertahan tanpa inhaler.Aye xnak bergantung pd ubat!!i hate ubat!!

For the time being,aye juz nak abehkan ubat doktor bg n after diz kalo ubat abeh and aye rasa badan aye ok...aye xmo jumpa doktor dah.aye x suker!!
hopefully sakit nih x bertambah teruk...tolong doakan aye.....

Tuesday, February 10, 2009

HoW HappY r u?




You Are Pretty Happy



You generally have a happy, fulfilling life.

But things could be a little better, and deep down, you know it.

Maybe you need more supportive friends or a more challenging career.

Something is preventing you from being totally happy. You just need to figure out what it is!

Wut Is ur Luv Based on?




Your Love is Based on Commitment



You believe that love is something that develops and grows.

You don't believe in love at first site, and you never mistake lust for love.

For you, love is about mutual devotion, respect, and understanding.

You don't feel comfortable in a relationship, unless you're both in it for the long run.



Why your love can last: You don't take commitment lightly - or leave relationships easily



Why your love can fail: You're so committed, you often can't see the most obvious problems in your relationship

~ LaFaz ThaNks ~

Arinih aye menulis lagi...

Today aye nak kesahkan pasal sorang of my fren.

Semalam dia mintak tolong aye buat sumthing.n aye dah usahakan benda tuh.at the end of the day..dia langsung x cakap thank you pada aye.Akceli aye x lah berharap sgt ucapan tuh kuar dari mulut dia,tp dia kne la faham kan..appreciation..Masa perlu pertolongan boleh cari aye,tp bila sumer ok...aye???kne tinggal kat belakang.

Kadang2 dengan ucapan terima kaseh... boleh buat orang rasa sgt2 dihargai.betui x??bila kita dah usaha,at least we want sumthing back kan??So...x bley ker juz say the word.Bukan susah sgt pun.

Aye bersyukur sgt sbb masa aye kat secondary skul dulu,lafaz THANKS tu mmg dah jadi tradisi/habit ktrg.So ape2 pun..walaupun hal yang kecik,ktrg akan ckp thanks.kalo buat silap akan ckp sorry.

Aye x nafikan,ader sesetengah org segan nak cakap thank you...even pada parent sendiri.Kita kne latih benda tuh.amalkan selalu.x susah pun.Bila kita buat mcm tuh secara x langsung kita buat org rasa dihargai walaupun sumbangan dia pd kita x la sebesar mana.



Monday, February 9, 2009

SamPai Menutup MaTa



embun di pagi buta
menebarkan bau asa
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku pergi

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

aku tak mudah mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta

senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata
cintaku sampai ku menutup mata

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

KeJaM


Assalamualaikum sumer..

Dah agak lamer aye x update blog aye nih.Virus 'M' melanda aye.MALAS.Hari ni aye rajin sikit nak menaip.hehe.

Kut maner aye nak start ek...hhmmmm..

Malam minggu lps uol tgk majalah 3 x??Kalo uol tgk mst uol tau citer pasal apa kan??Pada yg x tau..meh nih aye nak bgtau.Krew M3 pegi Palestin.Buat liputan kat sana.First citer diorang betui2 buat aye sebak.Kisah seorang ibu yang hilang 5 orang anak..serentak!!!n yang buat aye tambah sebak bila ibu tu skang tgh menderita sgt2 sbb terkena bom fosforus yang digunakan rejim Zionis.Kesian sgt aye tgk dia..kaki dier cedera truk..leher dier kena jgk..tgn bengkak2..hanya Allah jer yang tau mcm maner sakit yang ppuan tuh tanggung. Dia x abeh2 mengadu yang sakit dia x penah rasa kurang.nak baring pun dia x mampu..hanya blh mengiring..kesiann..

Second story pasal sorang boy nih..umo baru 5 taun,sakit hati...tapi doctor x blh nak buat aper2 sbb x cukup peralatan..ubat.Aye bkn jer kesian kat boy tuh..tgk his mum pun aye sebak..Yela kan saper x sedih kalo tau anak sakit..boleh diubati..tapi sbb peperangan,benda tuh jadi halangan tuk dia bawak anak dia pegi berubat. Anak dia isyaAllah blh sembuh kalo bwk g Mesir..tp mcm maner diorang nak kesana kalo sumer sempadan Zionis jaga.Aye harap boy tuh ng his mummy kuat semangat.InsyaAllah Allah akan tolong.

Sama2lah kita berdoa semoga sumer nih berakhir. Esok x tau bape nyawa lagi yang akan melayang...