Pangsapuri mewah kini jadi lubuk pendatang asing
Sikap biadab warga asing bimbangkan penduduk tempatan
oleh: Siti Haliza Yusop (bharian.com.my)
Namun, kehadiran golongan ini yang semakin hari semakin meningkat menyebabkan kadang-kadang mereka mendominasi sesebuah kawasan dan sekali gus menukar landskap kawasan berkenaan seolah-olah bukan di Malaysia.
Inilah yang terjadi kepada penduduk tempatan di pangsapuri Mentari Court, Bandar Sunway, di sini, yang terpaksa berhadapan pelbagai kerenah dan masalah dengan warga asing yang menyewa di sana.
Ia berlaku kerana sikap lepas tangan sesetengah pemilik rumah yang lebih mengutamakan keuntungan dengan menyewakan unit kediaman mereka kepada warga asing daripada kebajikan jiran tetangga.
d place is not safe for me...
