BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 25, 2009

TaBahlah HaTi

Hidup umpama teks cerita yang punya cerita tersendiri pada setiap helaiannya. Kadang-kadang apa yang kita fikir logik, tidak jadi realiti dan apa yang kita fikir mustahil tetapi itu yang berlaku.

Begitulah.

Kadang kita begitu sesal dengan segala yang pernah kita catat pada diari kehidupan silam dan berharap moga-moga dapat mengubah walaupun sedikit. Kita juga kadang berharap dapat diberi peluang sekali lagi untuk memulakan langkah di awal garisan mula.

Wahai HATI...Tabahlah..La Tahzan..

Tika ini,

langkah terasa payah,

nafas terasa lelah,

hati teramat gelisah,

menghadapi ujian yang Maha Esa..


Kalbuku,

yakinlah pada janji ar-Rahim,

kau tak pernah sendiri,

tidak mungkin jua terasa sunyi,

mustahil jua tandus tanpa cinta,

kerna kasih Nya sentiasa ada buatmu...


Nuraniku,

tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,

teguhlah kau terus berdiri,

kerna kau pasti mampu hadapinya,

itu janji Tuhan yang Esa...


Penawar,

biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,

dari terleka mencari fatamorgana yang fana,

berimanlah ini terbaik untukmu,

segala tersurat sudah,

kerana Dia Khalidmu,

Maha mengetahui segala sesuatu,

pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu....

source :iluvIslam


0 comments: